Kenapa saya masih katolik?

Bank data apa yang anda cari

Panduan memilih alkitab kristian katolik

Oleh kerana banyak versi bible @ alkitab di internet atau yang dijual di pasaran, ada umat kristian katolik salah beli alkitab atau salah rujuk petikan di internet.

Kepada sesiapa anda yang mengaku katolik, saya beri link yang betul rujukan alkitab @ bible dan semoga selepas ini kalian tidak lagi tertanya-tanya mana satu alkitab yang betul untuk kristian katolik. Jika kalian pergi ke kedai menjual buku-buku agama kristian, pastikan alkitab yang anda beli ada tertulis: Deuteronika.

Sehingga antri ini ditulis, saya belum tahu sangat kenapa gereja aliran lain tidak mengguna alkitab yang ada Deuteronika ini. Sesiapa pengunjung yang mengetahuinya, silalah berkongsi dengan pembaca di sini.

Ini adalah link alkitab gereja katolik:
http://www.ekaristi.org/bible/
Rujukan: www.ekaristi.org/

About these ads

20 February 2010 - Posted by | Gereja Katolik

11 Comments »

  1. Saya lebih yakin merujuk kepada Alkitab Katolik Douay-Rheims http://www.drbo.org/ kerana ia merupakan terjemahan paling tepat daripada versi Latin yang asal.

    Comment by Oremust | 22 February 2010 | Reply

  2. Terima kasih atas linknya, semoga jadi panduan pengunjung blog ini sesuai dengan misi dan visi sebagai bank data apa yang mereka cari di sini.

    Harap bahasa BInya dapat difahami mereka.

    Comment by stephen | 2 March 2010 | Reply

  3. Saya tidak suka menimbulkan persoalan yang dibiarkan kepada pembaca menilai sesuatu perkara. Sekiranya ingin meninggalkan persoalan, lebih baik jangan menulis. Kerana orang membaca bukan mencari soalan. Tapi orang mencari jawapan. Lain orang, lain cara. Sudah lama saya menanti dan mencari ruang untuk bicara soal perbandingan agama. Khususnya ISLAM dan Kristian. Hampir 4 tahun saya berbicara santai tentang perbezaan Islam dan Kristian. Rata rata mengatakan ini isu sensitif. Apa yang sensitif? Kalau saya katakan, “ibu kamu akan masuk penjara?” Jawapan yang pasti saya dapat adalah, “Kenapa ibu saya akan masuk penjara?” “Apa kesalahan ibu saya?” Macam macam persoalan akan timbul kerana ia satu perkara yang sensitif dan menyentuh perihal ibu anda. Bagaimana kalau saya ubah soalan itu sedikit. “ibu kamu akan masuk neraka.” Saya yakin, akan pelbagai soalan lagi yang akan timbul. Bukan 1, 2 dan 3. Malah lebih dari itu akan bermain dalam fikiran anda. Saya bukan tuhan menentukan siapa akan masuk syurga atau neraka. Saya juga manusia biasa mencari kebenaran dan hakikat alam yang diciptakan tuhan untuk kita semua. Sebagai orang Islam, saya wajib percaya kepada semua nabi nabi. Sekiranya saya tidak mempercayai salah seorang daripadanya, bermakna iman saya rosak. Ini tertakluk didalam rukun iman. PERCAYA KEPADA NABI. Salah seorang nabi yang tersenarai didalam 25 nabi dan rasul ini adalah Nabi ISA a.s yang disebut JESUS didalam BIBLE. Saya meyakini kenabian JESUS 1000% Tidak sedikit keraguan saya letakkan kepada JESUS yang merupakan seorang utusan Allah diatas muka bumi ini. Hari Ini Saya Sedia Masuk Kristian, sekiranya terdapat didalam BIBLE menyatakan yang JESUS mengakui dia TUHAN dan dia minta dia disembah. Saya tidak mewakili umat Islam yang lain, tetapi sekiranya ada. Hari ini saya katakan kepada umat kristian, we are one. Saya hanya terima apa yang dikatakan JESUS. Bukan perkataan yang disandarkan kepada JESUS dan bukan perkataan yang dikatakan kononnya JESUS berkata dalam mimpi seseorang. Dakwah Penulisan Daripada IRWAN IDRIS.

    Comment by Huzaimi | 26 April 2010 | Reply

    • Huzaimi, harap kita dapat berdialog. Harapnya dialog kita berjaya mencapai kata sepakat. Ini yang penting. Dan lebih lagi yang penting, syurga dan neraka itu.

      Comment by stephen | 22 June 2010 | Reply

  4. Lebih mudah membaca Al-Quran, kitab yang satu dan unggul

    Comment by benjy | 16 May 2010 | Reply

    • Yesus menurut al quran, Yesus mati atau tidak?

      Comment by stephen | 22 June 2010 | Reply

  5. Saya ingin turut serta dalam dialog untuk mencari kebenaran dengan saudara Huzaimi. Sila sediakan ruang forum/diskusi. Terima kasih.

    Comment by Oremust | 23 June 2010 | Reply

  6. Penyertaan saudara sangat2 dialu-alu. harap2 huzaimi akan kembali dan dia berminat. Saya sedang menimbang untuk buat blog baru khusus untuk dialog katolik/kristain – muslim.

    Comment by stephen | 23 June 2010 | Reply

  7. @ benjy,

    Anda menulis;

    Lebih mudah membaca Al-Quran, kitab yang satu dan unggul

    Yang benar nih? Bisa beritahu saya, bagian mana yg unggul? Setau saya, AQ tidak bisa dimengerti tanpa Hadith? Jadi itu unggul? Masok kitab dari langit@ Tuhan perlu bantuan kitab karangan manusia@ Hadith? Muslim-muslim, kapan mau sadar?

    Comment by CosmicBoy | 25 June 2010 | Reply

  8. Huzaimi, silalah berkunjung ke http://prokatolik.wordpress.com. Sekiranya tajuk belum wujud, anda boleh cadangkan untuk dibuka.

    Comment by prokatolik | 26 June 2010 | Reply

  9. Kenapa harus membandingkan pelbagai agama? Sesuatu agama itu tidak dapat dikatakan benar hanya atas alasan agama lain palsu!

    Comment by Oremust | 3 July 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: