Kenapa saya masih katolik?

Bank data apa yang anda cari

Kristian di Sabah: 1881 – 1994

Sumber ini saya dapat dari link yang berikut:
Klik di sini

Kepada pengkaji kristian, anda boleh dapatkan maklumat lanjut tersebut di link ini:

Jika anda tidak rajin klik linknya, anda boleh baca terus di sini:
Kristian di Sabah: 1881-1994. 2003. ISBN 967-942-636-x. RM45.00. Mat Zin Mat Kib

Kristian hanya bertapak di Sabah selepas kedatangan orang Barat pada abad ke-19. Pada masa itu penduduk peribumi Sabah berbudaya pagan dan mengamalkan sistem kepercayaan animisme. Misi Kristian berkesan dan berjaya menambat hati penduduk peribumi untuk keluar daripada budaya pagan dan memilih Kristian. Pada awal abad ke-19, pentadbiran agama Kristian di Sabah berpusat di Sarawak, sebelum dipindahkan ke Labuan. Kegiatan mubaligh agama Kristian bermula dengan mazhab Anglikan apabila Rev. Father Francis Thomas McDouglas dilantik sebagai Bishop bagi Labuan dan Sarawak pada 22 Oktober 1855. Kemudiannya barulah pelbagai mazhab Kristian menyusul. Kristian memulakan pertapakan di Kudat, Sandakan, Tawau dan juga Papar sebagai pusat pentadbiran yang terawal, kerana kawasan-kawasan itu merupakan pusat pentadbiran awal Kristian dan terletak di pesisir. Inilah sebabnya kawasan bandar yang menjadi tumpuan pentadbiran Kristian dan didominasi oleh gereja mazhab Anglikan dan Basel. Walau bagaimanapun, geraja mazhab lain juga turut masuk ke pedalaman. Atas sebab inilah perkembangan geraja-geraja mazhab utama ini berpaksi kepada hubungan dan sokongan daripada kerajaan yang memerintah negeri Sabah, badan-badan luar negara dan juga badan sokongan gereja serta peranan media massa yang ditunjangi penganut Kristian.

MAT ZIN MAT KIB, adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Beliau juga ialah calon doktor falsafah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

20 February 2010 - Posted by | Kristian

5 Comments »

  1. Saya tidak suka menimbulkan persoalan yang dibiarkan kepada pembaca menilai sesuatu perkara. Sekiranya ingin meninggalkan persoalan, lebih baik jangan menulis. Kerana orang membaca bukan mencari soalan. Tapi orang mencari jawapan. Lain orang, lain cara. Sudah lama saya menanti dan mencari ruang untuk bicara soal perbandingan agama. Khususnya ISLAM dan Kristian. Hampir 4 tahun saya berbicara santai tentang perbezaan Islam dan Kristian. Rata rata mengatakan ini isu sensitif. Apa yang sensitif? Kalau saya katakan, “ibu kamu akan masuk penjara?” Jawapan yang pasti saya dapat adalah, “Kenapa ibu saya akan masuk penjara?” “Apa kesalahan ibu saya?” Macam macam persoalan akan timbul kerana ia satu perkara yang sensitif dan menyentuh perihal ibu anda. Bagaimana kalau saya ubah soalan itu sedikit. “ibu kamu akan masuk neraka.” Saya yakin, akan pelbagai soalan lagi yang akan timbul. Bukan 1, 2 dan 3. Malah lebih dari itu akan bermain dalam fikiran anda. Saya bukan tuhan menentukan siapa akan masuk syurga atau neraka. Saya juga manusia biasa mencari kebenaran dan hakikat alam yang diciptakan tuhan untuk kita semua. Sebagai orang Islam, saya wajib percaya kepada semua nabi nabi. Sekiranya saya tidak mempercayai salah seorang daripadanya, bermakna iman saya rosak. Ini tertakluk didalam rukun iman. PERCAYA KEPADA NABI. Salah seorang nabi yang tersenarai didalam 25 nabi dan rasul ini adalah Nabi ISA a.s yang disebut JESUS didalam BIBLE. Saya meyakini kenabian JESUS 1000% Tidak sedikit keraguan saya letakkan kepada JESUS yang merupakan seorang utusan Allah diatas muka bumi ini. Hari Ini Saya Sedia Masuk Kristian, sekiranya terdapat didalam BIBLE menyatakan yang JESUS mengakui dia TUHAN dan dia minta dia disembah. Saya tidak mewakili umat Islam yang lain, tetapi sekiranya ada. Hari ini saya katakan kepada umat kristian, we are one. Saya hanya terima apa yang dikatakan JESUS. Bukan perkataan yang disandarkan kepada JESUS dan bukan perkataan yang dikatakan kononnya JESUS berkata dalam mimpi seseorang. Dakwah Penulisan Daripada IRWAN IDRIS.

    Comment by Huzaimi | 26 April 2010 | Reply

    • Blog ini masih baru dan sedang dalam mencari topik-topik yang bermanfaat. Kita mahu pantas, mahu buat banyak perkara dalam masa 24 jam, ikhtiar yg mampu ialah copy n paste. Ia bagus pada masa yang sesuai.

      Comment by stephen | 22 June 2010 | Reply

  2. @ Huzaimi,

    Anda menulis,

    Hari Ini Saya Sedia Masuk Kristian, sekiranya terdapat didalam BIBLE menyatakan yang JESUS mengakui dia TUHAN dan dia minta dia disembah.

    Saya pengen nanya, emangnya Allah kamu gila sembah?

    Btw, untuk tantangan anda, sila baca baik2 pernyataan ini:

    “…Lalu Dia (Yesus) berkata kepada mereka (para hawariyyun): Mengertikah kamu apa yang telah Kuperbuat kepadamu? Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan.” (Injil riwayat Yuhana 13:12-13)

    Sebentar lagi anda akan ngeles dengan mengatakan bahwa Injil sudah berupa, hahaha…muslim-muslim, kapan mau sadar?

    Comment by CosmicBoy | 25 June 2010 | Reply

    • Huzaimi kena masuk kristian sekarang. Dinominasi mana yang sesuai bagi dia? Basel? Anglikan? Katolik? SIB?

      Comment by prokatolik | 3 July 2010 | Reply

  3. @ Huzaimi,

    Anda menulis,

    Saya hanya terima apa yang dikatakan JESUS. Bukan perkataan yang disandarkan kepada JESUS dan bukan perkataan yang dikatakan kononnya JESUS berkata dalam mimpi seseorang. Dakwah Penulisan Daripada IRWAN IDRIS.

    Jadi, anda hanya menerima kata2 Yesus sebagai Firman Allah,kalau ada kata2 yg bukan dari Yesus, maka kata2 itu bukan Firman Allah, gituh?

    Poin 1 ==> Kata-kata Yesus adalah Firman Allah.

    Poin 2 ==> Al-Quran bukan kata-kata Yesus

    Rumus ==> Maka Al-Quran bukan Firman Allah!

    Hahaha…muslim, muslim kapan mau pinter? Tahun depan?

    Comment by CosmicBoy | 25 June 2010 | Reply


Leave a reply to stephen Cancel reply