Kenapa saya masih katolik?

Bank data apa yang anda cari

Perancangan Pastoral Diosis Keningau

Jika anda tidak menjumpai link tersebut di sini,
ada dipaparkan untuk rujukan anda:

PERANCANGAN PASTORAL DIOSIS KENINGAU, SABAH

WAWASAN
Umat Allah berjalan bersama dalam Yesus Kristus.

MISI
Kita Umat Allah Dioses Keningau yang berjalan bersama dalam Yesus Kristus

komited untuk:
Taat berdoa
Menghayati Sabda Allah
Merayakan Sakramen-sakramen
Hidup berkomuniti
Memperjuangkan keamanan, keadilan dan cinta kasih, serta keharmonian alam ciptaan Tuhan.

MATLAMAT
Membentuk komuniti Umat Allah yang komited dan efektif dalam pelayanan Kerajaan-Nya.

Dasar Pelaksanaan Objektif (DPO)
Dalam jangka masa lima tahun (2001 – 2005) dengan dorongan Roh Kudus, di bawah naungan Santo Francis Xavier, kita Umat Allah (Uskup, paderi, religius dan awam) Dioses Keningau berjalan bersama membentuk diri kita menjadi Komuniti Umat Allah yang komited dan efektif dalam pelayanan kerajaanNya.

Ini dapat dicapai jika kita:
Membentuk Keluarga Katolik yang bahagia
Mempergiatkan pembentukan iman yang menyeluruh dan berterusan
Bertindak untuk mempromosikan panggilan
Membentuk suatu pentadbiran yang efektif
Menyediakan program pembangunan kakitangan sumber
Berusaha mendapatkan sumber material yang mencukupi

OBJEKTIF YANG MEMBOLEHKAN
OM 1. Keluarga Katolik yang bahagia dapat dibentuk jika:
1. Diadakan program melawat keluarga Katolik di setiap Paroki dan Mission.
2. Setiap keluarga berdoa bersama.
3. Ahli-ahli keluarga menyertai aktiviti-aktiviti pastoral dan rohani seperti rekoleksi dan retret.
4. Pembentukan iman kanak-kanak dimulakan oleh ibu bapa.
5. Anggota keluarga prihatin terhadap kebajikan orang tua mereka.
6. Nilai-nilai Injil dituturkan dan diamalkan dalam keluarga.
7. Peristiwa-peristiwa penting dalam keluarga dirayakan.

OM. 2 Pembentukan iman yang menyeluruh dan berterusan dapat dilaksanakan jika:
1. Semua Komisi, Kerasulan dan Komiti merangka panduan dan program, mengatur dan melaksanakan strategi penginjilan berdasarkan kepada Wawasan, Misi dan Matlamat Dioses.
2. KKD ditubuhkan dan dikelolakan secara sistematik di Paroki dan Mission; pemimpin-pemimpinnya diberi kursus AsIPA.
3. Ibu bapa bekerjasama memajukan Pertemuan Minggu Gembira (PMG) di setiap Paroki dan Mission.
4. Diadakan aktiviti-aktiviti rohani seperti Seminar Hidup Baru dalam Roh, Kedewasaan Iman, Belajar Alkitab, retret dan rekoleksi yang melibatkan para paderi, religius, suami isteri, keluarga, semua Komisi dan Kerasulan serta umat secara berkala dan teratur.
5. Katekesis penghayatan sakramen-sakramen dikendalikan dengan pelbagai cara, dan bentuk media massa mengikut peringkat umur.
6. Diadakan program pembaharuan rohani bagi para pemimpin Gereja sesuai dengan bidang mereka dari semasa ke semasa.
7. Katekesis IKK, IKD dan Krisma disokong dan dimajukan serta dilanjutkan dengan pendalaman iman.
8. Diadakan katekesis mengenai keamanan, keadilan dan cinta kasih serta keharmonian alam ciptaan Tuhan.

OM 3. Promosi Panggilan dapat dicapai jika:
1. Takwim promosi panggilan dibuat di peringkat Dioses sebagai panduan dan persediaan bagi setiap Paroki dan Mission.
2. Usaha-usaha menyedarkan umat tentang keperluan menyahut panggilan menjadi Paderi dan Religius diadakan di peringkat Paroki dan Mission.
3. Komiti Panggilan diwujudkan di peringkat Paroki dan Mission yang melibatkan paderi, religius dan ibu bapa setempat.
4. Cetakan Kad Doa Panggilan, risalah dan poster diperbanyakkan dan diedarkan sehingga ke peringkat KKD.
5. Seminar Panggilan dilaksanakan secara bersepadu oleh paderi dan religius untuk menarik lebih ramai penyertaan.

OM 4. Pembentukan pentadbiran yang efektif akan tercapai jika:
1. Pentadbiran Dioses, Paroki dan Mission serta setiap organisasi yang sedia ada dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
2. Para pemimpin Gereja diberi kursus tentang pentadbiran Gereja secara berterusan.
3. Ada kerjasama, persefahaman dan semuafakat antara ahli-ahli MPP / MPM dalam semua aspek.
4. Umat diberi penjelasan meluas mengenai perancangan, struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pastoral Dioses, Paroki dan Mission.
5. Ada sistem perakaunan yang selaras dalam Dioses dan semua bendahari di Paroki dan Mission diberi kursus pengendalian kewangan.

OM 5. Pembangunan sumber manusia Dioses yang mencukupi dapat diusahakan jika:
1. Orang perseorangan yang sedia ada dan berpotensi dikenal pasti, diberi kursus dan pendedahan sesuai dengan keperluan Dioses.
2. Penceramah dalam semua bidang kerohanian dari dalam dan luar negara dijemput dari semasa ke semasa.
3. Umat menyertai kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pastoral Dioses (PPK).
4. Dianjurkan kursus-kursus pastoral; terbuka untuk umat pada masa yang sesuai, seperti cuti umum.
5. Mereka yang telah mendapat latihan disyorkan memberi kursus atau latihan di peringkat Dioses, Paroki, Mission, ZON, KUK dan KKD.

OM 6. Sumber Material yang mencukupi dapat dicapai jika:
1. Kutipan melalui derma umat diteruskan dan perkembangannya dimaklumkan kepada umat dari semasa ke semasa.
2. KKD digalakkan memberi sumbangan kepada Paroki dan Mission.
3. Majlis Kewangan dan Harta Benda Dioses membuat garis panduan kewangan dan harta benda Gereja untuk rujukan semua Paroki dan Mission.
4. Tanah terbiar diusahakan dalam bidang pertanian dan perikanan atau disewakan.

20 February 2010 - Posted by | Gereja Katolik

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: